Make your own free website on Tripod.com
Dari Meja Presiden
 Assalamualaikum w.b.t.

Firstly , aku ingin ucapkan tahniah kepada semua committee I.T kerana berjaya dengan canggihnya buat web site yang sebegini sempurna..dan tahniah kepada semua members yang telah membuat pembayaran Yuran Ahli bagi tahun 2000-2001.

Bismillahirrahmanirrahim, Bersyukur kita kehadrat Allah sbt kerana dengan limpah kurnia serta rahmatnya dapat kita mengecapi nikmat kehidupan di muka bumi. Dari tahun 1988 sehingga 2000, dari umur 13 tahun sehingga suku abad, dari bujang sehingga bergelar suami (tak lama lagi ayah), dari abnormal ke normal, sehingga kini kita diberi peluang olehNya meneruskan hidup tanpa kesusahan. Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati..insyaallah.

Kawan-kawan yang dihormati sekelian, Asas92 telah berumur 3 tahun. Selama penubuhannya, kita bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim malah dengan Asas92 juga ada di antara kita yang mendapat peluang menjadikan Asas92 forum untuk mencari rezeki sehingga kini. Aku rasa tanpa commitment dari members semua, Asas92 akan terkubur dan hanya akan menjadi satu sejarah bagi kita semua.

Kawan-kawan semua, Sudah sampai masanya untuk kita mengembangkan Asas92 dan menyahut cabaran globalisasi milenium. Kini, tanpa semangat untuk bersatu dan bergabung tenaga, kita akan dibeli oleh konglomerat-konglomerat secara paksaan. Kita tidak boleh menafikan bahawa satu hari nanti Asas92 akan manjadi sejarah tanpa sokongan dan commitment semua members.Bagi pihak Management Team, aku ingin mengalu-alukan semua members agar dapat memberi idea bagaimana untuk menjadi sebuah kumpulan yang dianggotai oleh ahli-ahli yang disegani serta dihormati. Kepada semua members, samada yang aktif mahupun tidak, aku harap sokongan serta idea yang bernas dapat diberikan kepada kami selaku penggemudi dalam membawa Asas92 ke era baru.

Kawan-kawan sekalian, Akhir kata, bagi pihak Management Team, aku amat berharap agar members dapat memberikan sepenuh sokongan kepada kami semua dalam mengendalikan Asas92 ini. Hanya dengan cara ini sajalah, kita akan dapat terus hidup sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Biar apa orang lain nak kata, tetapi Asas92 akan terus teguh dan bergerak bersama-sama sebagai sebuah pasukan yang kuat. Sama-samalah kita menjayakan objekti-objektif kita ..insyaalah.

Jangan lupa kepada guru-guru serta sekolah tercinta yang banyak memberi pengajaran yang berguna kepada kita. HIDUP ASAS92!

Yang Benar,
ROSAL AZIMIN AHMAD
Presiden
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Alam Shah 1988-1992

 

[ASAS'92 HotDetails]

[ASAS'92 Calendar]

[ASAS'92 MailList]

[ASAS'92 Committee]

[ASAS'92 PhotoAlbum]

[ASAS'92 Circle]

[ASAS'92 Registration]

[ASAS'92 Forum]

[Scribble Guestbook]

[Read Guestbook]

[ASAS'92 Links]